Monday 12 August 2013

Mesyuarat Hal Ehwal Murid (HEM) & Lawatan Penanda Aras

Pada 01 Ogos 2013, bertempat di Bilik Gerakan SK Gemas telah diadakan Mesyuarat Hal Ehwal Murid (HEM) yang telah dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Tampin. Majlis tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah iaitu Tn. Hj. Zainuddin Bin Yusof.




Lawatan penanda aras turut dijalankan bagi melihat perkembangan SK Gemas dalam menyertai beberapa pertandingan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia hasil usaha keras seluruh warga SK Gemas dan kerjasama dari AJK PIBG itu sendiri serta organisasi bukan kerajaan (NGO) sehingga meraih beberapa kejayaan, iaitu:-

  • Pengurusan Tahun Satu Terbaik - Johan Peringkat Negeri Sembilan
  • Pengurusan Bilik Operasi SPBT Sekolah - Johan Peringkat Negeri Sembilan
  • Pengurusan Bilik Kaunseling - Johan Peringkat Daerah Tampin
  • Pertandingan Laluan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) - Johan Peringkat Negeri Sembilan




0 comments:

Post a Comment